Sunday, December 27, 2009

Hantaran bertemakan Merah Putih

Satu lagi tempahan dari Kak Bee untuk hantaran pihak lelaki pula.. Tema utama Silver tapi jika kek warna silver aku tak sanggup buat jadi untuk menaikkan seri aku cadangkan warna merah...So ini adalah hasilnya...aku suka kerana warna merahnya sangat cantik...dan dipenjuru dulang aku letakkan cup cake berbunga ros...


Hantaran bertemakan warna keemasan

Tempahan dari Kak Bee untuk hantaran perkahwinan anak saudaranya yang bertemakan warna-warna keemasan.. pada mulanya agak sukar untuk mengandun fondant dengan warna yang dikehendaki..setelah beberapa ubah suai di atas kek itu sendiri akhirnya hasilnya agak memuaskan hati...pengkritik utama adalah adik aku...seakan menjadi penasihat peribadi untuk nukilan ini...terima kasih ya kak bee...bekas hantaran adalah dibuat khas oleh kak bee untuk anak saudaranya..


Pink vs Green

Tempahan dari Fiza untuk hantaran pertunangan adiknya yang bertemakan pink dan hijau...pada asal maroon, hitam dan pink...tapi ditukar last minute..Gambar asal kek telah diemailkan kepadaku..terlupa nak tanya dari mana sebab nak minta izin dulu...so..ini adalah hasilnya kombinasi pink vs green...aku puas hati semasa membuatnya...cantikjuga kata hati kecilku...terima kasih Fiza kerana menempah..walaupun hari hantar kek adalah hari pertama berjumpa tapi seronok berbual dengannya (walaupun Fiza masa tu sakit kepala..)anyway thanks 4 your support..ps: seronok tengok raut wajah Fiza tersenyum puas melihat hasilnya...

Cup Cake Hantaran Merah Putih

Tempahan dari Iza untuk hantaran di Majlis Perkahwinan beliau di Pekan..Iza juga menempah 100 pcs cup cake- 50pcs choc moist dan 50pcs vanilla..Selamat Pengantin Baru Iza..Semoga ikatan suci ini kekal ke anak cucu..


Cheese Cake

Ini adalah hasil pertama cheese cake aku..dah lama sangat aku berangan nak buat sendiri cheese cake ni...dan akhirnya aku berjaya juga menghasilkan cheese cake yang amat gebu dan lembut sekali dan dipenuhi dengan keleduttan (bahasa orang pahang nie) cheesenya....

Ini adalah hasil aku yang kedua...semakin mahir mengadunnya...separuh aku bawa ke opis untuk makan-makan...sodap dan lembutnya....kata diorang bawa lagi ye...

Ikatan Perkahwinan Mie dan Angah

Tempahan Hantaran pihak pengantin lelaki yang bertemakan warna ungu manakala pihak perempuan bertemakan putih maroon. Azmi adalah rakan sekerja dan bekas player hoki gitu...Beliau tempah bagi kedua-dua belah pihak. Selamat Pengantin Baru dan semoga ikatan suci ini kekal ke anak cucu...Kita lihat-lihat pose-pose kek hantaran kedua-dua mempelai ini..





Tuesday, December 8, 2009

Kek Hantaran Syuhada-Syafiq



Kek Fondant berTemakan Putih Merah menjadi penyeri hantaran bagi pihak wanita..Tarikh keramat 5 Disember 2009 menjadi saksi ikatan Syuhada dan Syafiq yang sah sebagai suami isteri...Hujan lebat tanpa henti dan kedengaran banjir melanda Daerah Kuantan di sana sini tidak menjadi penghalang antara mereka berdua..Selamat Pengantin Baru dan semoga kekal ke Hujung Nyawa..


Cup cake choc Strawberry




Doorgift bagi Syuhada-Syafiq





Mini Brownies sebagai penyeri majlis Perkahwinan Syuhada-Syafiq




Brownies



Tempahan 1/2 tray Brownies dari Adik Syifa dari Kolej Shahputra..Terima kasih ye kerana sudi menempah dari akak...Feedback darinya..akak hantar mlm tadi, mlm tadi juga licin...sedapnya..

Chocolate Moist Cake-RM 12.00




Tempahan CMC dari kenalan rapat adik iparku...repeat order selepas hari raya Aidil Adha..

Brownies bagi majlis perpisahan




Tempahan brownies dari kakakku untuk anaknya bagi majlis perpisahan TADIKA..katanya baru aje letak atas meja, kali kedua pandang dah habis..

Chocolate Moist Cake




Brownies



Ini adalah edisi brownies untuk majlis makan-makan seperti hari raya aidilfitri yang dulu..sorry lambat nak entry...

Sunday, September 27, 2009

Pertunangan Yie dan Mira

Tempahan CC Fondant bertema maroon color dengan idea bebas tetapi nak dapatkan idea yang datang masa time-time raya nie boleh tahan lembabnya..Akhirnya beginilah rupa bentuk cc fondant hantaran pertunangan antara Yie dan Mira dan semoga ikatan pertunangan ini akan kekal menjadi ikatan perkahwinan kelak..Amin..


Chocolate Moist Cake

Repeat order from Ros untuk 2 biji Choc Moist Cake berat 2kg sebiji - 12 x 12. Anyway terima kasih Ros kerana sudi repeat order..Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin jika ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita..

Kek Raya

Tempahan kek raya Sepotong Choc Moist Cake
Kek Pelangi - 8 x 8

Kek Buah Kukus - 8 x 8

Kek Coklat Lembap - 8 x 8