Showing posts with label Kek Fondant. Show all posts
Showing posts with label Kek Fondant. Show all posts

Sunday, January 3, 2010

White vs Green

Salam tahun baru,

Tempahan Fondant stack cakes dari Safuraa bagi majlis perkahwinan beliau yang diadakan pada 2 Januari 2010. Selamat Pengantin Baru Safura...Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..Amin.Terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada suecutecupcake untuk menyerikan majlis tersebut...


Sunday, December 27, 2009

Hantaran bertemakan Merah Putih

Satu lagi tempahan dari Kak Bee untuk hantaran pihak lelaki pula.. Tema utama Silver tapi jika kek warna silver aku tak sanggup buat jadi untuk menaikkan seri aku cadangkan warna merah...So ini adalah hasilnya...aku suka kerana warna merahnya sangat cantik...dan dipenjuru dulang aku letakkan cup cake berbunga ros...


Hantaran bertemakan warna keemasan

Tempahan dari Kak Bee untuk hantaran perkahwinan anak saudaranya yang bertemakan warna-warna keemasan.. pada mulanya agak sukar untuk mengandun fondant dengan warna yang dikehendaki..setelah beberapa ubah suai di atas kek itu sendiri akhirnya hasilnya agak memuaskan hati...pengkritik utama adalah adik aku...seakan menjadi penasihat peribadi untuk nukilan ini...terima kasih ya kak bee...bekas hantaran adalah dibuat khas oleh kak bee untuk anak saudaranya..


Pink vs Green

Tempahan dari Fiza untuk hantaran pertunangan adiknya yang bertemakan pink dan hijau...pada asal maroon, hitam dan pink...tapi ditukar last minute..Gambar asal kek telah diemailkan kepadaku..terlupa nak tanya dari mana sebab nak minta izin dulu...so..ini adalah hasilnya kombinasi pink vs green...aku puas hati semasa membuatnya...cantikjuga kata hati kecilku...terima kasih Fiza kerana menempah..walaupun hari hantar kek adalah hari pertama berjumpa tapi seronok berbual dengannya (walaupun Fiza masa tu sakit kepala..)anyway thanks 4 your support..ps: seronok tengok raut wajah Fiza tersenyum puas melihat hasilnya...

Ikatan Perkahwinan Mie dan Angah

Tempahan Hantaran pihak pengantin lelaki yang bertemakan warna ungu manakala pihak perempuan bertemakan putih maroon. Azmi adalah rakan sekerja dan bekas player hoki gitu...Beliau tempah bagi kedua-dua belah pihak. Selamat Pengantin Baru dan semoga ikatan suci ini kekal ke anak cucu...Kita lihat-lihat pose-pose kek hantaran kedua-dua mempelai ini..





Tuesday, December 8, 2009

Kek Hantaran Syuhada-Syafiq



Kek Fondant berTemakan Putih Merah menjadi penyeri hantaran bagi pihak wanita..Tarikh keramat 5 Disember 2009 menjadi saksi ikatan Syuhada dan Syafiq yang sah sebagai suami isteri...Hujan lebat tanpa henti dan kedengaran banjir melanda Daerah Kuantan di sana sini tidak menjadi penghalang antara mereka berdua..Selamat Pengantin Baru dan semoga kekal ke Hujung Nyawa..